List Blog Terbaik Malaysia

Dah sebulan saya perhatikan member blogger mula menyenaraikan senarai blog best di blog masing-masing. Kebanyakan blogger yang disenaraikan ada yang saya kenali dan ada dalam kalangan mereka pernah datang ke blog ini. Pada pandangan anda blog manakah yang layak disenaraikan dalam senarai blog yang best.

Best Blog

Sebagai memenuhi syarat pertandingan, setiap blogger perlu menyenaraikan 10 blog mengikut pandangan masing-masing. Sepanjang saya berkunjung ke blog rakan blogger yang lain, saya dapati ada blog yang disenaraikan terdiri daripada blog yang sama. Bertuah betul ye, mana-mana blog ada tulis tentang mereka.

Saya juga rasa terpanggil untuk join contest ni. Senarai blog pilihan saya.

1. Hasrul Hassan
Hasrul Hassan – Pernah dengar tak tentang nama beliau, kalau anda mahukan panduan, tips blogging atau belajar asas-asas SEO saya rasa blog hasrul hassan adalah rujukan yang tepat. Beliau memang dah lama dalam dunia blogging dan antara top blogger di malaysia. Pada awal penglibatan saya dalam dunia blogging, boleh dikatakan blog beliau antara blog yang saya jadikan rujukan. Malah saya juga pernah turut serta dalam segmen yang dianjurkan.

2. Sabree Hussin
Sabree Hussin – Saya pun dah tak ingat macam mana saya boleh terjumpa blog beliau dan sampai sekarang saya masih mengikuti blog beliau walaupun kadang-kadang sebagai silent reader. Yang pastinya gaya penulisan beliau buatkan saya tertarik dan beliau memang sesuai untuk kaki bisnes jadikan rujukan untuk belajar teknik copywriting dan seni psikologi pelanggan. Beliau dah keluarkan beberapa buah Ebook antaranya Panduan Dominasi Facebook Group, Seni Jualan Rahsia Psikologi Pelanggan dan Jurnal Pemasaran Affiliate dan yang pastinya saya pernah memiliki ebook beliau. Saya juga pernah menerima komisen dari Tuan Sabree hasil daripada mempromosikan Ebook beliau.

3. Encik Titan
Ahmad Faizal – Bila sebut perkataan Cendol atau Kitab SEO Merah Jambu, anda semua mesti kenal Encik Titan kan? Beliau antara blogger yang menjadi pendorong kepada blogger lain untuk menulis blog sampai dapat income. Beliau dah menang beberapa anugerah dan pernah di jemput dalam seminar untuk berkongsi bagaimana untuk buat duit blog. Malah Ebook beliau yang warna pink tu memang dah jadi rujukan blogger-blogger di luar sana.

4. Digital-Dose
Digital-Dose.Net – Salah satu blog yang saya follow untuk cedok ilmu tentang dunia blogging. Saya dan beliau ada persamaaan iaitu sama-sama mempromosikan produk affiliate Klikjer.

Demikianlah 5 buah blog yang menjadi pilihan saya. Walaubagaimanapun mugkin pendapat saya ini berbeza dengan anda. Kalau diikutkan banyak lagi blog-blog yang saya baca namun 10 buah blog di atas adalah blog yang terbaik bagi saya.

Posted in Rambling | Leave a comment